Penginapan bermalam pada Khamis, 11 Februari 2016 akan disediakan oleh pihak urusetia seminar berdasarkan permintaan peserta namun terhad kepada bilangan yang boleh ditawarkan oleh pihak pengurusan penginapan.
Tempat penginapan adalah di Dorm Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang, Batu Uban, Gelugor.
Yuran penginapan adalah sebanyak RM15 sahaja (tidak termasuk makan malam). Pihak urusetia akan menyediakan pengangkutan dari USM ke Dorm Kompleks Sukan Batu Uban sebaik sahaja selesai aktiviti hari pertama (Khamis, 11 Feb) dan dari Dorm Kompleks Sukan Batu Uban ke USM pada pagi hari kedua seminar (Jumaat, 12 Feb).
Memandangkan jumlah penginapan yang terhad, para peserta perlu menyatakan keperluan penginapan ini melalui borang daftar selewat-lewatnya 4 Februari 2016, Khamis beserta bukti pembayaran RM15 bagi membolehkan urusan tempahan dibuat.
Sekira berlakunya pembatalan penginapan, duit RM15 ini tidak akan dipulangkan.

