Monday, February 22, 2016

Seminar Menara Gading, Ikramteens Pulau Pinang

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt diatas keizinannya IKRAMTeens dengan kerjasama IKRAM Siswa dan Persatuan Staf Islam USM, dapat menjalankan Seminar Menara Gading 2016 dengan Jayanya.
IKRAM merupakan sebuah NGO Islam yang menitik beratkan Dakwah, Tarbiah, dan Kebajikan kepada masyarakat umum. Diatas dasar itu, IKRAM terpanggil untuk menggerakkan unit-unitnya kali ini supaya dapat berbakti kepada ummat, terutama kepada golongan sasaran terpenting yang mampu mencorak negara ke arah Negara Rahmah suatu hari nanti.
‪#‎SMG2016‬ merupakan sebuah program persediaan buat bakal mahasiswa yang telah tamat penilaian di peringkat sekolah samada SPM, STPM, mahupun STAM. Ia menyediakan peluang kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi mendapatkan pengetahuan awal laluan pendidikan mereka dari sudut kos atau bidang yang sesuai dengan diri mereka, serta laluan kerjaya yang pelbagai untuk mereka hayati dan memilihan secara bijak.
Selain itu #SMG2016 pada kali ini, menampilkan para penceramah Professional berpengalaman dari setiap bidang untuk menyampaikan ceramah. Penceramah bertugas meyakinkan peserta bahawa bidang mereka adalah terbaik. Peserta dibentangkan dengan maklumat yang sesuai, terbaru, dan bermanfaat untuk difikirkan supaya dapat melakukan pilihan yang terbaik. Peserta juga bebas berinteraksi secara terus dengan penceramah bagi mendapatkan input yang diingini.
Kejayaan kali ini memberikan nafas segar kepada #SMG2016 untuk mensasarkan seramai 3000 peserta pada tahun hadapan. Oleh yang demikian kami ingin menjgalualukan mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang sudi berkerjasama menjayakan program ini pada tahun hadapan. Semoga kerjasama yang akan dilakukan pada masa hadapan dapat membantu anak bangsa kita berjaya di dunia dan akhirat.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada peserta dan ibu bapa waris yang sudi menjayakan program kali ini. Kami juga ingin mendoakan supaya peserta tenang menerima keputusan SPM, STPM, atau STAM nanti. Berbincanglah secara baik dan berhikmah dengan keluarga, dan jangan lupa untuk melakukan solat istiqarah mohon petunjuk dari Allah swt mana pilihan yang terbaik. Semoga Berjaya di dunia dan akhirat. Sekian, terimakasih.
Petikan ucapan penghargaan dari:
Muhammad Zul Zhafran Bin Saad
Pengarah,
Seminar Menara Gading 2016.

























Sunday, January 31, 2016

Jemputan Hadir ke SEMINAR MENARA GADING (SMG) 2016



SEMINAR MENARA GADING PERINGKAT PULAU PINANG
Khas untuk pelajar lepasan SPM | STPM | STAM | MATRIKULASI dalam memilih destinasi Pengajian Tinggi.
Menampilkan PENCERAMAH PROFESIONAL �� dalam setiap bidang kerjaya. 
1. Perubatan ��
2. Kejuruteraan��
3. Perguruan
4. Perundangan
5. Agama��
6. Kewangan��
7. Kemahiran ��

��ANDA hadir! ANDA tanya! ANDA puas hati! ANDA buat pilihan!
Mensasarkan 300 PESERTA sahaja. Daftar segera!
................................................................
Pendaftaran Online:
http://goo.gl/forms/adnpDWpMuK
**Isi dahulu, hubungi kami kemudian
................................................................
Tempat: DEWAN KULIAH USM Pulau Pinang
Tarikh: 11 & 12 Februari 2016
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
(Sarapan pagi | Makan tengahari | Minum Petang disediakan)
................................................................
Yuran: RM70
Yuran: RM35 untuk Early Bird (Pendaftaran awal) atau Anak Ahli Persatuan Staf Islam (PSI) USM sahaja.
Yuran penginapan: RM15 (Jika ingin bermalam)
*50% potongan yuran bagi pendaftar awal selewatnya 5 Februari 2016
................................................................
Akaun: Maybank | 557380400271 | Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Hubungi Hubungi:
En. Khairilazhar bin Karim: 013-4891004
Cik. Aiisyah binti Sairi: 012-3890519
atau lawati http://seminarmenaragading.blogspot.my/ untuk maklumat lanjut.
ANJURAN BERSAMA
IKRAMTeens Pulau Pinang | Persatuan Staf Islam USM | IKRAM Siswa Pulau Pinang

| INFO SMG 2016 | Lokasi Dewan Seminar

 
 Dewan Kuliah, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang
(akan dimaklumkan kemudian)